Garam Buluh

Apakah Garam Buluh?

sila klik di sini untuk melihat klip video mengenai garam buluh.



Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah dan bebas dari kontaminasi di Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. 


Air laut dialirkan ke dalam kolam-kolam garam
Air laut kering dengan semulajadi meninggalkan garam laut
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. 


Garam laut dimasukkan ke dalam buluh berusia 3 tahun
Bukaan buluh ditutupi dengan tanah liat yang diperolehi dari kedalaman 20 meter
Buluh dibakar berulangan dalam relau bagas pada suhu
1000 hingga 1500 darjah Celcius dengan menggunakan pokok pine
 
Leburan garam yang terkumpul hasil proses ini sudah tersingkir toksin dan logam berat sambil masih mengekalkan kandungan berkhasiat dalam garam.  Pada masa yang sama ia menyerap semua elemen mikro dan kesan perubatan buluh. 

Mengapa Garam Buluh lebih baik dari garam biasa?

Jika dibandingkan dengan proses kimia untuk menghasilkan garam buatan, garam buluh Hai-O adalah 100% garam organik yang diformulasikan berasaskan remedi tradisional Korea. 

Garam buluh telah menjadi bahan rawatan terbaik yang diwarisi sejak turun temurun
 di kalangan sami buddha sejak 1300 tahun dahulu 
Garam semulajadi sebenarnya membekalkan bahan-bahan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.  Badan manusia bergantung kepada unsur natrium dalam garam untuk mengawalatur tekanan osmosis dan mengekalkan keseimbangan ph badan.  Selain itu, penghantaran ransangan saraf, pengecutan otot, sel badan dan tulang juga memerlukan garam.  Di hospital, doktor menggunakan air garam untuk mengekalkan fungsi-fungsi badan yang normal.  Malahan, bendalir amonion dalam uterus wanita mengandung juga mengandungi garam.  Dalam kehidupan seharian, garam merupakan bahan penambah perisa dalam makanan. 

Keperluan kepada garam organik seperti garam buluh

Era globalisasi, pembangunan industri yg pesat, rentak kehidupan yg sebok dan tengang telah menjejaskan pemakanan dan amalan kehidupan masyarakat moden.  Oleh sebab tabiat kerap makan di luar, pengambilan buah-buahan dan sayuran segar telah berkurangan. Pada masa yg sama kita telah mengambil makanan dengan kandungan garam, gula dan lemak yang berlebihan.  Sehubungan ini juga, garam buatan (garam kimia) yang digunakan secara berleluasa tidak mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan. 


Selain itu, kurang bersenam, minum alkohol berlebihan dan menghisap rokok telah mengurangkan kandungan bahan2 mineral badan dan menyebabkan tubuh badan kita bersifat asid.  Keadaan tersebut turut mengakibatkan pelbagai jenis penyakit kronik.  

Pelbagai elemen kehidupan moden menjadikan badan kita bersifat asid


Di bandar, terdapat lebih 80% penduduknya mempunyai tubuh badan bersifat asid.  Selain itu penyakit jantung, barah, diabetes dan strok merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia.


Di manakah garam buluh dalam produk-produk kami?

Garam buluh didapati dalam bentuk minuman dan juga untuk digunakan sebagai garam masakan.  Selain dari itu garam buluh juga terdapat dalam kopi mineral begitu juga produk2 penjagaan diri seperti buku kecantikan mandian, cecair mandian serta shampu.  

Maklumat Lanjut


Testimoni Pengguna

No comments:

Post a Comment

WELCOME!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Nama saya Jalini binti Alias Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai saya melalui  facebook saya...