Ramai yang kena sakit ni rupanya. Sebelum saya mula berniaga ni, x tau pun yang penyakit ni ramai orang kena. Statistik Malaysia saya x jumpa, tapi statistik US menyatakan bahawa 1 dari 26 orang atau 3.82% menghadapi masalah ni. Walaupun x semestinya sama, namun kita boleh gunalah sebagai anggaran utk dapatkan gambaran.
Buasir tu apa?
Kebanyakan orang tau yg buasir ni pasal laluan keluar kita yg belakang tu la.... ada 2 jenis, buasir yg kat luar dan kat dalam. Dia jadi bila bahagian tu longgar, atas pelbagai sebab, yang akhirnya jadi terbonjol ke luar (buasir luaran) atau terbonjol kat dalam laluan dubur tu (buasir dalaman).
Apa punca Buasir?
Dari apa yg saya baca, banyak kemungkinan punca buasir ni, namun saya nampak ia terbahagi kepada 3 kumpulan punca:
1. Tabiat / kebiasaan hidup
2. Pemakanan
3. Keadaan yang x dapat dielakkan
Jadi saya cerita sikit sebanyak setiap satu lah ya
Tabiat / kebiasaan hidup
Ada orang yang kerja dia perlukan dia banyak berdiri. Ataupun banyak duduk. Dari pembacaan saya dua2 pun boleh membawa kepada buasir. YANG PENTING, jangan berada dalam satu kedudukan tanpa berubah untuk jangkamasa lama. Jadi, sapa yang kerjanya banyak duduk, sejam, dua jam sekali kena lah bangun berdiri dan berjalan juga... betul2kan orat. Sapa yang kerjanya banyak berdiri, bergeraklah mundar mandir sikit sebanyak, duduk sekali sekala. Maknanya, kena ada break (rehat) la. Perlu variasi.
Setengah pula dalam kerja perlu angkat benda2 berat. Orang yang sukan angkat berat tu dah tentu lah. Sapa yang suka "pump iron" atau angkat besi utk jadi abang sado tu pun, perlu hati2. Jangan angkat di luar kemampuan tubuh anda. Bina otot anda untuk boleh angkat berat dengan mudah. Namanya pun bina badan kan. Namun biasanya abang2 bina badan dah belajar cara selamat utk jadi sado kan.
Isu biasanya yang kerja lori transport ke, buruh kasar ke, tukang masak pun biasa duk angkat barang2 berat. Kena tau cara angkat yang betul, dan perlu faham bahawa lebih baik kalau boleh pecahkan barang yang nak diangkat tu kepada beberapa load, utk angkat beberapa kali, dari nak angkat semua sekali, sekaligus. Kita biasa sangat ingat angkat sekaligus tu senang walaupun berat macam nak putus orat. Jaga2 dan ingat keselamatan ya sume.
Lagi tabiat... yang ni pelik sikit dan tolonglahhhh ubah. Ada orang x suka pegi tandas banyak kali. Kalau sehari pegi buang air sekali aje, dia sangat suka... kalau banyak kali, x puas dia membebel. TAK BOLEH ya sayang2 semua... Kita makan berapa kali sehari? Pastu semua nak buang sekali je? Alahaiiii... kenapaaa laa gitu pulak. Sebelum keluar dari tubuh kita sebagai najis, kita simpan dalam USUS BESAR. Usus besar ni kerja dia serap air. Lagi lama najis kita duk dalam usus besar, lagi banyak air diserap darinya. Apa maknanya tu? Xde air, jadi keras la macam batubata lah najis kita tu yaa...
Ada juga disebut, stress pun boleh akhirnya membawa kepada buasir.
Pemakanan
Ha... apehal lak ngan pemakanan. Kalau tabiat pemakanan kita x betul, kita boleh kena sembelit atau cirit birit yang berpanjangan atau kerap. Kalau kena sekali setahun, lainlah cerita. Tapi kalau tiap2 hari macam tu... cek pemakanan anda.
Kita perlu cukup serat dan cukup air supaya kita tak sembelit.
SERAT (fiber) ni bahagian yang x dapat dicerna dalam makanan kita. Benda yang tak hancur tu, atau mungkin boleh kita panggil "hampas". Paling senang nak tengok serat ni kalau guna juicer utk buat jus. Ada serat yang tertapis keluar dan lepas tu tinggal air yang kita minum sedap2 tu kan. Ha... kalau nak sihat, pakai blender, jangan pakai juicer, supaya kita minum air buah sekali dengan seratnya. YA, serat banyak dalam buah dan sayur. Benda ni la yang buat sayur2 / buah2 tu keras. Bila kita makan dan badan kita x cerna, dia akan keluar sebagai najis. Serat ni bantu supaya najis kita tu longgar sikit, x padat macam batubata (haha jangan marah ya).
Air pulak? Dah terangkan sikit kat atas sana... sapa blaja biologi kat skolah pun patut dah tau pasal ni. Usus besar fungsinya serap air. Kalau kita minum air x cukup, badan kita akan sedut semua air tu utk kegunaan tubuh, jadilah "batubata" dalam usus tu lagi. Jadi, minumlah air banyak2 ya. Berapa banyak? 3 liter untuk kita orang biasa. Kalau kerja kat tengah panas matahari, minumlah lebih.
Keadaan yang x dapat dielakkan
Antara keadaan yg x dpt dielakkan macam mengandung. Memang x dapatlah elak kan. Selain ni ada jugak benda lain macam batuk teruk, atau apa2 lah yang beri kesan pada otot usus tu. Kadang pembedahan, atau sakit2 lain yang memerlukan kolonoskopi dan seumpamanya.
Macamana nak elak dapat Buasir?
Dari punca kita dah dapat simpulkan banyak cara elak buasir kan?
1. Amalkan tabiat postur, duduk dan berdiri yang sihat
2. Angkat barang ikut tatacara yang betul
3. Makan banyak sayur dan buah supaya banyak serat (kalau rasa masih x cukup serat dalam makanan, boleh juga ganti saja makanan tu dengan ShakeMe)
4. Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
5. Makan dan buang air pastikan lawas dan sederhana kerap (1, 3 kali sehari buang air besar). Untuk membantu kelawasan, boleh ambil Min Kaffe atau Garam Buluh Masakan / Minuman. Selain dari itu, penggunaan BB Plus juga ada mendapat maklumbalas boleh membantu pembuangan lebih lawas.
6. Jika anda dalam kumpulan berisiko, berusahalah utk kuatkan otot2 bahagian rektum dengan senaman rektum. Eh, pelik ke? Senang aje... kemut bahagian berkenaan, tahan selama 3 ke 10 saat, kemudian lepaskan. Buat berulang kali. Amalkan setiap hari.
Sebagai suplemen menyeluruh boleh juga amalkan tidur dengan BVSM
Kalau dah kena buasir, macamana pulak?
Mula2, CEPAT2 cek dan pastikan buat amalan2 di atas.
Guna Bio Ever Plus satu krim 1001 kegunaan yang Alhamdulillah, dengan izin Allah dah banyak membantu mereka yang mengidap buasir
Wallahu aklam
No comments:
Post a Comment