Thursday, June 20, 2013

WELCOME!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Nama saya Jalini binti Alias
Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai saya melalui facebook saya  dan page perniagaan atas talian yang saya jalankan

Gambar 2016... di "mini ofis" saya di Kuala Terengganu


Saya seorang jurulatih bebas tetapi terpaksa menghentikan aktiviti tersebut pada tahun 2012 atas sebab kesihatan.  Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan itu, sila klik di sini dan di sini

Blog ini khas untuk maklumat berkenaan produk-produk kesihatan dan kesejahteraan diri yang saya alami bersama Smart Tycoon Group Millionnaire Academy. Pengalaman yang sungguh positif walaupun baru saya mulakan sejak Jun 2013.

Saya telah mendapat tahu mengenai produk2 ini semenjak Disember 2012 melalui sepupu saya yang pada masa itu baru saja mula aktif dalam perniagaan ini.  Oleh kerana pada masa itu saya belum merasa cukup sihat, tambahan pula berada di Terengganu sedangkan sepupu saya di Subang Jaya, saya menangguhkan penglibatan saya selama beberapa bulan, sehingga saya pergi ke Shah Alam untuk menguruskan pemindahan barang2 dari rumah saya di sana ke rumah baru saya di Kuala Terengganu.

Produk yang pertama saya gunakan ialah Bio Ever Nano Cream. Saya mula gunakan pada 27 Mei 2013. Selepas penggunaan pertama sudah ada kesan!!! Saya sungguh seronok sebab pada 1 Jun akan menghadiri reunion... hehehe...

Berikut sedikit maklumat bergambar:

Pori-pori mengecil dan kulit muka jadi lebih halus.  Parut jerawat yang lama2 menghilang.  "Eye bag" berkurang. Warna kulit lebih sekata.

Setelah melihat keberkesanannya, saya begitu teringin menggunakan pula BVSM yang tidak perlu aplikasi apa2, cuma perlu tidur bersamanya saja.  Tapi saya tangguhkan niat itu sehingga saya rasa rumah saya cukup bersih (sayang sangat BVSM tu sebab warnanya putih dan harganya pun... ehem tau ajelah...)

Saya mula menggunakan Bio Velocity Sleep Mate pada 5 Jun 2013 sebagai selimut semasa tidur. Pada awal penggunaan saya ada rasa sakit badan keseluruhan dan naik suhu badan serta kahak keluar agak banyak selama 2 atau 3 hari.  Pada hari ketiga menggunakan BVSM, saya rasa sakit di kawasan hempedu, tapi sakit itu sekejap saja.  Saya rasa mungkin ada kaitan dengan batu karang dalam hempedu yang saya tidak menjalani pembedahan (semasa doktor membuat ultrasound, dia mula membilang batu karang tersebut 1, 2, 3, 4, 5... banyaklah hehehe).  Kalau ada peluang saya akan check nanti ada perbezaan atau tidak pada batu karang dalam hempedu...

Setelah seminggu penggunaan saya sudah boleh MELOMPAT, sedangkan sebelum itu tidak boleh. Turun naik tangga sudah tidak banyak memerlukan bantuan suami atau tongkat.  Tidur saya sangat lena dan bangun dengan rasa amat segar.  Setelah masuk 2 minggu penggunaan, kahak sudah berkurangan, walaupun sebelum ini bila saya tinggal di rumah saya sentiasa berkahak dan batuk sekiranya rumput di luar rumah panjang (sejak kecil saya alahan dengan debunga dan spora, termasuk bunga rumput dan lalang).

Sebelum ini, saya sentiasa rasa dahaga dan perlu minum air berais sentiasa (tidak kira siang, malam, pagi atau petang), kalau tidak badan saya akan rasa "panas dalam", dan sekiranya saya mula rasa panas pijar di belakang mata, tidak lama kemudian saya akan mendapat migraine. Sekarang saya jarang2 merasa panas sedemikian, jadi cuma perlu minum ais sekali atau dua kali sehari, manakala pada masa lainnya saya boleh kembali kepada tabiat asal saya sebelum menjalani kemoterapi iaitu minum air biasa dan air suam.  Memandangkan keperluan saya kepada ais itu sudah berlarutan semenjak bulan Mei 2012 tanpa banyak perubahan, dan tiba-tiba saja sekarang saya sudah tidak begitu perlu lagi kepada ais untuk penyejukan dalaman, saya agak ia ada kaitan dengan penggunaan BVSM juga.

saya akan teruskan update pengalaman saya menggunakan produk2 ini.

WELCOME!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Nama saya Jalini binti Alias Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai saya melalui  facebook saya...